Tuesday, September 4, 2012

salam kepada sesiapa yang membaca, terbaca dan sebagainya.Aku telah lama meninggalkan blog yang aku baru belajar.Bosan maklumlah usia semankin meningkat, untuk menghadap komputer rasa letih.Cuma hobi aku dengan pokok bonsai tetap sama dan meluap-luap.

Monday, June 29, 2009

TEKNIK BELAJAR BERKESAN
Kebanyakan pelajar yang gagal di dalam pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka.

Terdapat beberapa kaedah yang dapat dijadikan panduan oleh pelajar-pelajar.

1.Menyediakan jadual pembelajaran yang bersistematik.
2.Rutin pembelajaran yang sama setiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.
3.Pilih masa untuk mengulangkaji atau belajar sewaktu semangat belajar berada di tahap maksimum.
4.Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga mestilah bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar .
5.Hendaklah mengulangkaji nota yang telah dibuat pada hari yang sama.
6.Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.
7.Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan anda rasa mengantuk.
8.Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu. Bukan sekadar untuk lulus peperiksaan.


1.Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada "mood" k belajar.
2.Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir menjelang peperiksaaan.
3.Menganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran.
4.Belajar semata-mata untuk peperiksaan.

Saturday, February 14, 2009

Hobi buat kaki Pancing

Sebuah Bot Pancing untuk dijual .Keadaan sangat memuaskan kerana jarang digunakan.RM20k.Siapa berminat bolehlah hubungi 0197660900

Thursday, January 29, 2009

BONSAI antara tanaman popular yang menghiasi ruang laman kediaman dan mempamerkan suasana hijau.

Penggunaan pasu bersaiz kecil antara pilihan terbaik bagi membantu pokok bonsai lebih besar dan menjadi tumpuan di laman.


Pasu yang mempunyai kandungan tanah yang banyak juga dapat menyimpan air untuk tumbesaran akar bonsai.

Bagaimanapun, jika tanah di dalam pasu berkurangan dan berlaku pertumbuhan akar secara serentak, boleh menyebabkan air sukar meresap ke dalam tanah.

Langkah terbaik dengan menukar segera pasu bersaiz lebih besar mengelakkan terbantutnya tumbesaran bonsai.

Seterusnya menyiram bonsai tentunya menjadi rutin penjagaan ketika di laman dan pastikan air siraman mengalir keluar pada bahagian bawah pasu.

Anda juga digalakkan menyiram pokok berkenaan dua kali sehari khususnya cuaca panas atau kering.

Uniknya, pokok bonsai antara tumbuhan perlu terdedah dengan cahaya matahari sekurang-kurangnya empat jam dalam sehari terutama ketika daun baru tumbuh.

Biasanya pokok bonsai subur dan cantik mempunyai daun halus, kecil manakala batang utamanya tidak berlubang.

Elak menebuk atau memaku batang pokok berkenaan kerana boleh menyebabkan kesan luka seterusnya menjejaskan kesuburan bonsai.

Bagi bonsai yang sudah matang, tabur baja organik di sekeliling batang pokok berkenaan dua kali sebulan.

Anda harus teliti kerana dikhuatiri terkena batang pokok dan kurangkan kuantiti pemberian baja pada yang baru dipangkas.

Pembajaan baja yang kerap atau sekurang-kurangnya seminggu sekali amat digalakkan.

Pada masa sama, rutin memangkas dan mereka bentuk pokok bonsai sesuai dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Anda digalak menggunakan saiz dawai sesuai membuat lenturan menarik bonsai di laman kediaman anda.

Pembentukan bonsai baik dan sekata pertumbuhan daunnya boleh diwujudkan dengan cara membuang semua daun sedia ada hingga menampakkan rantingnya saja.

Rutin pembentukannya boleh dilakukan empat bulan sekali dan kikis batang bonsai diserang kulat.

Antara penyumbang utama pertumbuhan bonsai ialah saiz dahannya satu pertiga daripada saiz batang bonsai.

Sekiranya didapati daun bonsai lebih besar, ia disebabkan pokok itu kurang mendapat cahaya matahari.

Bagaimana cara untuk merawat daun bonsai yang kuning?