Thursday, January 29, 2009

BONSAI antara tanaman popular yang menghiasi ruang laman kediaman dan mempamerkan suasana hijau.

Penggunaan pasu bersaiz kecil antara pilihan terbaik bagi membantu pokok bonsai lebih besar dan menjadi tumpuan di laman.


Pasu yang mempunyai kandungan tanah yang banyak juga dapat menyimpan air untuk tumbesaran akar bonsai.

Bagaimanapun, jika tanah di dalam pasu berkurangan dan berlaku pertumbuhan akar secara serentak, boleh menyebabkan air sukar meresap ke dalam tanah.

Langkah terbaik dengan menukar segera pasu bersaiz lebih besar mengelakkan terbantutnya tumbesaran bonsai.

Seterusnya menyiram bonsai tentunya menjadi rutin penjagaan ketika di laman dan pastikan air siraman mengalir keluar pada bahagian bawah pasu.

Anda juga digalakkan menyiram pokok berkenaan dua kali sehari khususnya cuaca panas atau kering.

Uniknya, pokok bonsai antara tumbuhan perlu terdedah dengan cahaya matahari sekurang-kurangnya empat jam dalam sehari terutama ketika daun baru tumbuh.

Biasanya pokok bonsai subur dan cantik mempunyai daun halus, kecil manakala batang utamanya tidak berlubang.

Elak menebuk atau memaku batang pokok berkenaan kerana boleh menyebabkan kesan luka seterusnya menjejaskan kesuburan bonsai.

Bagi bonsai yang sudah matang, tabur baja organik di sekeliling batang pokok berkenaan dua kali sebulan.

Anda harus teliti kerana dikhuatiri terkena batang pokok dan kurangkan kuantiti pemberian baja pada yang baru dipangkas.

Pembajaan baja yang kerap atau sekurang-kurangnya seminggu sekali amat digalakkan.

Pada masa sama, rutin memangkas dan mereka bentuk pokok bonsai sesuai dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Anda digalak menggunakan saiz dawai sesuai membuat lenturan menarik bonsai di laman kediaman anda.

Pembentukan bonsai baik dan sekata pertumbuhan daunnya boleh diwujudkan dengan cara membuang semua daun sedia ada hingga menampakkan rantingnya saja.

Rutin pembentukannya boleh dilakukan empat bulan sekali dan kikis batang bonsai diserang kulat.

Antara penyumbang utama pertumbuhan bonsai ialah saiz dahannya satu pertiga daripada saiz batang bonsai.

Sekiranya didapati daun bonsai lebih besar, ia disebabkan pokok itu kurang mendapat cahaya matahari.

Bagaimana cara untuk merawat daun bonsai yang kuning?

BONSAI biasanya menjadi bahan yang cantik untuk meng hiasi laman rumah anda.
Manifestasi daripada bonsai yang disifatkan pokok renek yang menawan, memberi ilham tersendiri kepada penggubah bunga (hidup atau tiruan) untuk menjadikannya gubahan tersendiri dan seolah-olah bonsai tiruan.


Bagi pemilik kedai bunga Cempaka Sari Flora, menga badikan ‘popiary’ atau bonsai gaya keinggerisan, Khaty Hanita Ngalim menyatakan proses menggubah bunga itu amat ringkas dan senang dipelajari.

“Menghasilkan seni gubahan bonsai, seseorang itu perlu mengeluarkan kreativiti yang ada dalam dirinya selain mesti rajin mencuba untuk mencari kelainan.

“Oleh kerana ‘popiary’ semakin popular sedangkan cara menggubahnya memang senang, saya bersedia mengajar suri rumah atau mereka yang berminat mengisi masa senggang untuk gubahan ini.

“Saya sedang berusaha mengadakan kelas bagi mereka yang ingin mempelajari pelbagai teknik lain untuk gubahan bu nga,” katanya.

Bekas eksekutif di sebuah syarikat swasta terkenal ini berasakan keputusannya meninggalkan jawatannya yang di buat tiga tahun lalu tidak silap justeru bidang perniagaan lebih mendorong minatnya.

Mengakui minatnya yang mendalam dalam bunga-bungaan menyebabkan dia memanfaatkan kemahiran itu untuk masa depannya.

“Dalam apa saja bidang yang diceburi, yang terpenting adalah keseronokan ketika melakukannya. Macam saya, terlalu meminati bidang gubahan bunga dan berusaha se baik-baiknya untuk menjadikannya bidang komersial yang boleh menjamin masa depan.