Monday, June 29, 2009

TEKNIK BELAJAR BERKESAN
Kebanyakan pelajar yang gagal di dalam pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka.

Terdapat beberapa kaedah yang dapat dijadikan panduan oleh pelajar-pelajar.

1.Menyediakan jadual pembelajaran yang bersistematik.
2.Rutin pembelajaran yang sama setiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.
3.Pilih masa untuk mengulangkaji atau belajar sewaktu semangat belajar berada di tahap maksimum.
4.Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga mestilah bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar .
5.Hendaklah mengulangkaji nota yang telah dibuat pada hari yang sama.
6.Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.
7.Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan anda rasa mengantuk.
8.Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu. Bukan sekadar untuk lulus peperiksaan.


1.Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada "mood" k belajar.
2.Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir menjelang peperiksaaan.
3.Menganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran.
4.Belajar semata-mata untuk peperiksaan.

No comments:

Post a Comment